*26 Jamadil Awal 1438H*
*23 Februari 2017M*
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم.
Saidina Ali RA berwasiat kepada muridnya, Kumail bin Ziyad:
يا كميل بن زياد القلوب أوعية فخيرها أوعاها للعلم احفظ ما أقول لك الناس ثلاثة فعالم رباني ومتعلم على سبيل نجاة وهمج رعاع اتباع كل ناعق يميلون مع كل ريح لم يستضيئوا بنور العلم ولم يلجئوا إلى ركن وثيق
“Wahai Kumail bin Ziyad! Hati manusia itu bagaikan bejana (wadah). Oleh karena itu, hati yang terbaik adalah hati yang paling banyak memuat ilmu. Hafazkanlah baik-baik apa yang akan aku sampaikan kepadamu. Manusia itu terdiri dari 3 golongan, ('Alim rabbani عالم رباني ) seorang yang berilmu dan mengajarkan ilmunya. (Muta'allim 'ala sabilil najah متعلم على سبيل نجاة ) Seorang yang terus mahu belajar, dan orang inilah yang berada di atas jalan keselamatan. (Hamaj ri'aa همج رعاع ) Orang yang tidak berguna dan hina, dialah seorang yang mengikuti setiap orang yang bersuara. Oleh kerananya, dia adalah seorang yang tiada pendirian kerana sentiasa mengikut ke mana arah angin bertiup. Kehidupannya tidak dinaungi oleh cahaya ilmu dan tidak berada pada kedudukan yang kukuh”.(Hilyah al-Auliya)
Hati yang terbaik adalah hati yang dipenuhi dengan ilmu. Hati yang dipenuhi oleh pemahaman terhadap Al Qur-an dan Sunnah Ar Rasul SAW. Mereka yang memahami Al Qur-an dan Sunnah RasulNya adalah orang-orang yang dikehendaki oleh Allah ta’ala untuk memperoleh kebaikan sebagaimana sabda Nabi SAW...
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
“Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Allah akan memahamkannya dalam urusan agama”.(Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Rasulullah SAW menyebut lafaz ( خيرا ) yang bermaksud 'kebaikan' dalam bentuk nakirah (tidak tertentu) yang didahului oleh kalimat bersyarat sehingga menunjukkan makna yang umum dan luas. Ini membawa maksud jika Allah menghendaki seluruh kebaikan diberikan kepada seorang, maka Allah hanya akan memberikannya kepada para hambaNya yang Dia pahamkan terhadap agamaNya.
Oleh itu, Imam Ibnu Hajr Al Asqalani Asy Syafi’i tatkala menjelaskan hadith di atas, beliau mengatakan...
مَفْهُوم الْحَدِيث أَنَّ مَنْ لَمْ يَتَفَقَّه فِي الدِّين – أَيْ : يَتَعَلَّم قَوَاعِد الْإِسْلَام وَمَا يَتَّصِل بِهَا مِنْ الْفُرُوع –
فَقَدْ حُرِمَ الْخَيْر
“Konteks hadis di atas menunjukkan bahwa seorang yang tidak memahami agama, iaitu tidak mempelajari berbagai prinsip kaedah dalam agama Islam dan berbagai permasalahan cabang yang terkait dengannya, maka sungguh ia terhalang untuk memperoleh kebaikan”.(Fathul Baari 1/165).
( عالم رباني )...
Alim Rabbani ialah seorang yang berilmu, mengajarkan, mendakwahkan dan menyebarkan ilmunya. Imam Mujahid rahimahullah ta’ala menjelaskan:
الرباني الذي يربي الناس بصغار العلم قبل كباره
”Ar Rabbani adalah seorang yang mengajar mendidik manusia hal-hal yang dasar sebelum mengajari mereka dengan berbagai ilmu yang besar”.(Tafsir Al Qurthubi ).
Maka, seorang rabbani adalah seorang yang mengajarkan ilmunya, seorang yang selayaknya kita ikuti. Keterampilan, kata-kata dan amalannya menyentuh dan mempengaruhi...
عن ابن عمرو بن العاص رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
خياركم من ذكركم بالله رؤيته وزاد في علمكم منطقه ورغبكم في الآخرة عملهم
أخرجه الحكيم
Daripada Amru bin Al 'Aas RA; Rasulullah SAW telah bersabda : "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang bila melihatnya mengingatkan kamu pada Allah, kata-katanya menambah ilmu kamu dan amalannya menambah cenderung mu pada akhirat".
Namun ilmu yang mereka tahu dan ajarkan kepada manusia selamanya tidak akan bermanfaat hingga mereka mengamalkannya. Nabi SAW bersabda:
مثل العالم الذي يعلم الناس الخير و ينسى نفسه كمثل السراج يضيء للناس و يحرق نفسه
“Permisalan seorang alim yang mengajari kebaikan kepada manusia namun melupakan dirinya (kerana tidak mengamalkan ilmunya) adalah seperti lilin yang menerangi manusia namun justeru membakar dirinya sendiri”.(Al Jami’ as Saghir)
( متعلم على سبيل نجاة )...
iaitu seorang yang mahu belajar dan orang inilah orang yang berada di atas jalan keselamatan.
Sesungguhnya seorang yang terus mahu belajar adalah orang yang sentiasa mahukan kebaikan pada dirinya dan meniti jalan menuju syurga sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW:
من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له به طريقا إلى الجنة
“Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga”.(Hadith Riwayat Muslim)
( همج رعاع )...
Mereka ini adalah orang-orang yang dungu, jahat dan tidak begitu berguna. Mereka ini adalah orang-orang yang memiliki sifat hanyut , mengikut setiap apa yang orang yang perkatakan dan mengikut ke mana arah angin bertiup.
Orang ini tidak memiliki pendirian, ketegasan sikap kerana ia tidak memiliki ilmu. Merekalah para muqallid sembrono dan pak turut tetapi sering berkelakuan dan berlagakkan cendikiawan.
Al Imam Syafi’i rahimahullah dalam syairnya:
مَنْ لَمْ يَذُقْ مُرَّ التَّعَلُّمِ سَاعَةً
Barangsiapa yang tidak pernah merasai pahitnya belajar
تَجَرَّعَ ذُلُّ الْجَهْلِ طُوْلَ حَيَاتِهِ
Maka dia akan meneguk hinanya kebodohan di sepanjang hidupnya
وَ مَنْ فَاتَهُ التَّعْلِيْمُ وَقْتَ شَبَابِهِ
Barangsiapa yang tidak menuntut ilmu di masa muda
فَكَبِّرْ عَلَيْهِ أَرْبَعًا لِوَفَاتِهِ
Maka bertakbirlah empat kali, karena sungguh dirinya telah wafat.
(Diwan al Imam asy Syafi’i, Dar al Kutub al ’Ilmiyah).
Kata Al Imam Ahmad rahimahullah :
الناس محتاجون إلى العلم قبل الخيز و الماء لأن العلم محتاجون إليه الإنسان في كل ساعة و الخبز و الماء في اليوم مرة أو مرتين
“Manusia sangat memerlukan ilmu melebihi keperluan terhadap roti dan air, kerana ilmu diperlukan manusia di setiap saat. Sedangkan roti dan air hanya diperlukan manusia sekali atau dua kali”.(Al Adab asy Syar’iyyah)
Fitnah akhir zaman menghamparkan kepada kita kebenaran peringatan Nabi SAW:
سيأتي على الناس سنوات خداعات يصدق فيها الكاذب ويكذب فيها الصادق ويؤتمن فيها الخائن ويخون فيها الأمين وينطق فيها الرويبضة . قيل وما الرويبضة ؟ قال : الرجل التافه ؛ يتكلم في أمر العامة رواه ابن ماجه
“Akan datang tahun-tahun yang dipenuhi penipuan. Pada saat itu, seorang pendusta justeru dibenarkan dan seorang yang jujur didustakan. Seorang pengkhianat malah dipercayai dan seorang yang amanah dikhianati. Pada saat itu, ar-ruwaibidhah akan berkata-kata. Para sahabat bertanya, “Apa ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Ar-rumwaibidhah adalah seorang yang (pada hakikatnya) dungu, namun berani bercakap mengenai urusan umat”.(Hadith Riwayat Ibnu Majah)
Justeru, berilmulah wahai sahabat yakni saudaraku yang beriman lagi dimuliakan nescaya kalian semua akan berada di atas jalan keselamatan dan keredhaannya di dunia dan akhirat jua....barakallahuminalakum
Terima kasih saudaraku sekelian untuk santapan jiwa ini.....
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك
ُبِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya اَللّهُ , Tetapkanlah hati kami di atas agama-MU...Kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami..! Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar....
اَللّٰهُمَّ اِنَّانَسْئَلُكَ سَلَامَةًفِى الدِّيْنِ، وَعَافِيَةًفِى الْجَسَدِوَزِيَادَةًفِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةًفِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةَقَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةًعِنْدَالْمَوْتِ وَمَغْفِرَةًبَعْدَالْمَوْتِ،اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِيْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ، وَنَجَاةًمِنَ النَّارِوَالْعَفْوَعِنْدَالْحِسَابِ
Ya اَللّهُ ...Ya Ghaffar...! Ampunkanlah dosa-dosa kami.... dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.......
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya...!
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin".
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ,
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم,َ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
أٰمِيْنَ ...أٰمِيْنَ ...يَارَبَّ العَـــالَمِيْن.
جزك الله خيرا كثيرا.
وَعَلَيْكُمْ السَّلامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
0 comments:
Post a Comment