Saidina Umar mempunyai tugas rasmi di Syiria yg melibatkan urusan kerajaan di zaman pemerintahannya. Saidina Umar pergi bersama pembantunya dengan menaiki kuda. Dalam perjalanan Umar ke Syiria bersama pembantunya di padang pasir, tiba-tiba kopiah Umar terjatuh.
Saidina Umar memberhentikan kudanya dan turun serta berjalan jauh untuk mengambil kembali kopiahnya yang bergerak semakin jauh akibat tiupan angin. Pembantunya menunggu sambil melihat Khalifah Umar berjalan untuk mengambil kembali kopiahnya.
Setelah Umar mengambil kembali kopiahnya, beliau segera berjalan menuju kembali ke kudanya.
Setibanya beliau, pembantunya bertanya kepada Umar, kenapa tuan turun dari kuda dan berjalan kaki untuk mengambil kembali kopiah tuan yang jatuh.
kenapa tuan tidak menaiki kuda sahaja?
Umar menjawab dgn tegas ;
Kerajaan telah menyediakan kuda ini untuk urusan saya di sana, bukan untuk urusan peribadi saya iaitu mengambil kopiah yang terjatuh disini.
Pembantunya bertanya lagi;
Kalau begitu, kenapakah tuan tidak menyuruh saya yang berjalan untuk mengambilnya dan tuan hanya perlu tunggu sahaja disini? Bukankah saya sebagai pembantu tuan dan tuan adalah khalifah yang menjadi ketua saya?
Sekali lagi Umar memberikan jawapannya dgn tegas, kerajaan membayar gaji kamu untuk urusan membantu khalifah dalam urusan kerajaan dan bukan untuk mengambil kopiah yang merupakan urusan peribadi saya yang terjatuh dijalanan ini.
Begitulah telitinya Saidina Umar Al-Khattab dalam menjaga harta rakyat yang telah diamanahkan kepadanya sebagai Khalifah iaitu ketua negara dalam menjalankan sesuatu urusan rasmi kerajaan.
– Ustaz Fawwaz Md Jan
0 comments:
Post a Comment