Kompilasi tentang islam

Sunday, February 26, 2017

MARTABAT ORANG YANG SEMBAHYANG (SOLAT)

Soalan:
       Berapa martabat orang yang sembahyang? Berikan jawapannya.

Jawapan:
Orang yang sembahyang ada tiga martabat, iaitu:

a. Martabat sembahyang orang syariat.
b. Martabat sembahyang orang tarekat.
c. Martabat sembahyang orang hakikat.

Soalan:
a. Bagaimana rupa (cara) orang syariat bersembahyang dan apakah hukumnya?

b. Bagaimana rupa orang tarekat mendirikan sembahyang dan apakah  hukumnya?

c. Bagaimana rupa orang hakikat sembahyang?

Jawapan :
a. Orang syariat sembahyang dengan cara memandang daripada dirinya kepada Allah Taala serta suci dari riyak dan sum'ah kerana mengharapkan pahala dan takut akan azab. Di samping itu, ia mengetahui segala syarat sembahyang dan rukunnya, serta mengetahui yang membatalkannya. Orang yang bersembahyang seperti ini hukumnya syirik semata-mata. Amalan syirik tidak diterima sekali walaupun amalannya itu sebesar bukit.

b.  Orang tarekat amalannya bersembahyang dengan cara beriktikad menghadirkan Allah Taala di hadapannya untuk melihat segala perbuatan dan mendengar segala bacaannya dalam sembahyang dengan perasaan yang amat khusyuk (sepenuh perhatian) dan perasaan merendah diri. Ini kerana Allah Taala ada hadir di hadapannya,  serta suci dari riyak dan sum'ah tampa mengharapkan pahala atau takut akan azab. Ia hanya memandang dirinya sebagai hamba yang melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Dia hanya menerima (menunaikan) amalannya sekadar kehadiran hatinya kepada Allah Taala sewaktu dalam sembahyang. Orang yang memandang daripada Allah Taala kepada dirinya hukumnya syirik juga tetapi syirik halus iaitu lebih halus daripada orang mubtadi kerana ada wujud dirinya.

c.  Orang hakikat bersembahyang dengan cara tidak memandang dirinya yang beramal, sebaliknya memandang perbuatan dan kelakuan Allah Taala yang melakukannya ke atas dirinya, sejak azali lagi sebelum dia dizahirkan (dijadikan).  Dia hanya melihat dirinya menjadi alat sebagaimana pen di tangan orang yang menulis. Maha Suci Allah Taala daripada menyerupai alat, orang hakikat hanya melihat segala amalannya daripada Allah (من الله) dengan Allah (با لله) dan untuk Allah (لله). Orang inilah yang terlepas dari syirik halus. Inilah sembahyang yang sebenar-benarnya, yang dinamakan 'otak sembahyang' - Wallahul Muafiq

(والله المو افق)

Sumber: Kasyaful Asrar, As-Syeikh Mohd Salleh Bin Abdullah, Mengkabau (q.s)

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.