Kompilasi tentang islam

Friday, March 3, 2017

Hadis Hari Jumaat "Sayyidul Ayyam"


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Sebelum menunaikan solat Jumaat, dianjurkan mandi terlebih dulu sebagaimana hadis daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq `alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi, tetapi mandi itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi).

Berita dari Abu Hurairah r.a.
mengatakan, bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda: "Siapa yang mandi hari Jumaat seperti mandi jinabah, kemudian dia pergi ke Jumaat (sebagai orang yang pertama-tama datang), sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan siapa yang datang nombor dua, sama halnya seperti orang berkorban seekor lembu betina, siapa yang datang nombor tiga, sama halnya seperti orang berkorban seekor biri-biri yang bertanduk; siapa yang datang nombor empat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan siapa yang datang nombor lima, sama halnya dengan orang yang berkorban sebutir telur. Apabila imam telah naik mimbar, maka para malaikat yang hadir ikut pula mendengarkan khutbah."
(Hadis Sahih Bukhari)

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.